twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

RAWATAN RAMBUT

Rambut yang cantik dan senang diuruskan sering diidamkan oleh setiap wanita. Namun, pemilihan produk yang tidak bersesuaian dengan jenis rambut sering membuatkan masalah pada rambut. Berikut adalah tips untuk kecantikan rambut yang diidam-idamkan oleh pencinta kecantikan.


Rambut normal

Rambut normal mempunyai cirri-ciri bewarna terang, bercahaya dan terasa lembut bila dipegang. Untuk rambut normal, gunakan syampu khusus untuk rambut normal. Apabila rambut kering, gunakan syampu yang mengandungi minyak.









Rambut kering

Rambut kering berwarna merah, suram dan tidak bercahaya. Selain itu ia rapuh dan pada hujungnya terbelah. Gunakan syampu untuk rambut kering yang banyak mengandungi protein seperti syampu egg.

Rambut berminyak

Rambut seperti ini tampak berkilat, mudah kotor, lekit dan bila dipegang terasa lembab. Rambut jenis ini sebaik-baiknya dicuci dengan air suam kuku dan menggunakan syampu lemon. Jangan menggunakan syampu yang mengandungi banyak protein.




Untuk mengatasi masalah kelemumur

Segelas santan pekat dicampur dengan perahan limau nipis (sebiji), gaulkan sebentar. Kemudian boleh dipakai. Larutan ini boleh dipakai pada siang hari selama 30 minit atau dipakai pada malam hari sebelum tidur dan dibiarkan semalaman. Lakukan 5 hari sekali.

Caranya:

1- sikat rambut hingga tiada kekusutan

2- Usapkan dan tekan-tekan larutan tersebut pada kulit kepala dan rambut secara merata sehingga rambut basah.

3- Kemudian bungkus kepala dengan tuala bersih.



Menghilangkan uban

Ambil garam secawan dan masukkan ke dalam kelapa muda yang masih hijau. Peram selama 1 malam dan esoknya gunakan sebagai pencuci rambut.

Mencegah rambut gugur

1- Ambil kulit buah tembikai yang berwarna putih, gosokkan pada kulit kepala. Lakukan ia sehari sebelum mencuci rambut secara rutin.



2- Ambil 10 hingga 15 lembar daun jambu biji yang masih muda. Tumbuk daun tersebut dan campur dengan air secukupnya. Biarkan ia mendap beberapa minit kemudian tapis dan buang sepahnya. Basahkan rambut anda dengan air daun jambu tadi dan picit-picitan kulit kepala hingga rata. Setelah itu bilas dengan air bersih. Syampukan rambut anda menggunakan jenis yang sesuai dengan rambut anda dan gunakan sisa air jambu tadi sebagai konditioner. Lakukan setiap kali mencuci rambut.



Melebatkan rambut

Ambil daun bunga raya, ramaskan dan ambil airnya. Kemudian basuh rambut dengan air bunga raya itu. Lakukan 2 atau 3 kali seminggu. Selepas basuh dengan air bunga raya anda boleh basuh dan syampu rambut anda.

Mewarnakan rambut

Ambil daun inai secukupnya dan tumbuk halus dengan sedikit bunga belimbing besi. Setelah disapukan pada rambut, biarkan selama 5-10 minit. Lakukan beberapa kali sehingga rambut anda perang.

Untuk menjadikan rambut anda hitam semula, sapukan daun cekur manis yang telah ditumbuk halus pada rambut anda.

1 comments:

fiza kamil said...

uban e2 tandany kte kne bnykkn amalan kn?