Pokok pisang adalah diantara pokok yang paling senang hidup di Negara kita ini. Pokok pisang jika ditanam di sesuatu tempat, ia akan terus tumbuh disitu dan beranak pinak sampai bila-bila. Ia tidak akan pupus walaupun telah dipotong beberapa kali kerana setiap kali ia dipotong, tunas batu akan muncul dan membesar dengan suburnya.
Menghilangkan bau hangit
Bau hangit pada nasi yang dimasak boleh kita hilangkan dengan membiarkan nasi terus di atas dapur dengan membuka tudung beberapa ketika, kemudian masukkan secarik daun pisang dan tutupkan periuk itu. Biarkan beberapa minit sehingga bau itu hilang.
Menghilangkan rasa gatal digigit ulat
Jika anda terkena ulat bulu, apa yang anda harus lakukan ialah potong daun pisang secukupnya. Kemudian panaskan daun pisang tadi pada api di atas dapur. Apabila daun pisang ini terasa hangat barulah disapukan minyak kelapa dan kemudian tampalkan daun pisang yang berminyak ini kepada bahagian yang terkena gatal ulat itu. Buatlah beberapa kali sehingga bulu-bulu ulat itu hilang dibawa oleh daun pisang tadi dan tubuh anda tidak akan terasa ggatal lagi.
Getah jantung pisang pengubat kayap ular
Cuba sapu di sekeliling pinggang yang terkena kayap ular itu dengan getah jantung pisang. Bila kering, ulangi lagi sehingga sembuh.
Membersihkan kerang
Masukkan kerang ke dalam besen kemudian ambil pelepah daun pisang dan tumbuk atau gesel pada kerang itu berkali-kali hingga kerang kelihatan putih. Lepas itu barulah dibilas dengan air.anda akan dapat lihat kulit kerang yang kotor itu manjadi putih bersih.
0 comments:
Post a Comment