Bau halia yang begitu sedap apabila ia dikupas mengingatkan saya kepada masakan mak di kampung. Maklumlah di asrama kita tiada peluang untuk masak memasak..(peraturan asrama tak membenarkan). Jadi tak berpeluang memasak di sini membuatkan bau-bau bawang dan rempah ratus yang selalu digunakan oleh mak selalu dirindui. Halia mempunyai banyak kegunaannya:
Sakit kepala dan sakit gigi
Tumbuk sedikit halia dan letakkan di atas sehelai kain. Lekatkannya seperti plaster.
Sakit di bahagian otot dan sendi
Hiriskan halia, panaskan dan sapukan di bahagian yang sakit itu.
Cirit-birit
Perahkan sedikit halia dan sapukan di atas dan di sekitar bahagian perut.
Kunyahlah sekeping halia untuk menambahkan air liur.
Sakit kerongkong, selsema dan batuk
Didihkan sekeping halia di dalam air sebanyak dua gelas dengan menggunakan api kecil. Biarkan sehingga air tinggal segelas sahaja. Jangan tutup periuk tersebut. Sesudah itu tapis dan biarkan ia sejuk. Anda boleh tambahkan jus buah-buahan untuk menambahkan perasanya.
Anda juga boleh meminum ramuan ini untuk melancarkan sistem penghadaman, sakit perut, cirit-birit, tibi dan untuk mengeluarkan cacing daripada usus. Halia membuang gas-gas yang terdapat dalam perut dan saluran usus.
Sakit ketika haid
Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk sehingga lembut. Tambah sedikit air panas. Campurkan secamca kecil madu dan kacau. Minum setiap malam untuk menolong kelancaaran aliran darah.
0 comments:
Post a Comment