Kelapa adalah tumbuhan yang banyak manfaatnya. Semua bahagian daripada pokok kelapa ada fungsinya tersendiri. Antaranya lidinya boleh dibuat penyapu, batangnya boleh dibuat titi, buahnya boleh dimakan dan airnya boleh diminum. Disini juga terdapat beberapa kelebihan lain bagi kelapa. Antaranya ialah:
Tempurung kelapa penawar cika
Ambil tempurung kelapa yang dibakar. Kemudian sedikit lada sulah. Semuanya ditumbuk halus dan campur sedikit air. Sapukan pada dada dan perut. Pantangnya jangan makan makanan sejuk.
Menghilangkan panas dalam badan
Jika anda mengalami bibir pecah-pecah, ini menandakan anda mengalami panas dalam badan. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengamalkan minum air kelapa muda dan telur ayam kampung selama tiga hari berturut-turut.
Mengubati bisul di kepala
Ambil sebiji buah kelapa buangkan sabutnya. Kemudian bakar buah kelapa yang sudah dikupas ini sehingga pecah dan hangus tempurungnya. Ambil isi kelapanya yang hampir hangus itu dan ditumbuk hingga pecah
Kemudian campurkan sedikit miyak kelapa yang anda masak sendiri. Sapukan ke kulit kepala.
Mengubati kencing tidak lawas
Dapatkan sebiji kelapa muda yang belum berisi. Kupaskan ia dan tebuk lubang untuk diminum. Semasa meminumnya selawat 3 kali sekadar senafas sekali minum. Minum sampai habis. Insyaallah lebih kurang satu minit kemudian kencing anda akan kembali normal.
Mengatasi rambut gugur
Masakkan kelapa hijau hingga keluar minyaknya. Kemudian campurkan dengan daun kancing baju sebanyak segenggam dan jadikan minyak rambut.
Mengatasi kulit kering
Ambil hampas kelapa yang telah diambil santannya kemudian gosokkan pada kaki dan tangan (tempat-tempat kering) dalam anggaran 10 minit dengan rata. Kemudian cuci dengan air bersih.
2 comments:
air kelapa tau la..
sedap btul..hehehe..tp khasiatnyer xtau plak..bc blog ni baru tau...hehehe
Terima kasih petuanya, Semoga dimurahkan rezeki
Post a Comment