twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

KELAPA LAUT

Mungkin ramai yang tidak begitu mengenali apakah kelapa laut ini. Adakah ia sejenis nama kuih atau tumbuhan? Buah kelapa laut atau nama saintifiknya ialah borassus flabellifer. Ia sangat terkenal di kalangan penduduk di Negara tropika kerana keenakan air niranya. Jika di Malaysia pula, kelapa laut lebih dikenali sebagai buah lontar. Ia biasanya terdapat di kawasan pedalaman Negara ini. Antara khasiat kelapa laut ialah:

Melegakan kesakitan hempedu dan limpa

Antara khasiat utama ialah di bahagian tunas pokok untuk digunakan sebagai ubat melegakan kesakitan di bahagian hempedu dan limpa, disentri dan penyakit kelamin dan gonorea.

Mengatasi masalah kencing tak terkawal

Bahagian akarnya yang muda pula digunakan untuk mengatasi masalah kerap kencing yang sering dialami oleh sebahagian wanita berusia lanjut.

Menyegarkan nafas, menyihatkan gigi dan gusi

Air rebusan kulit dicampur dengan sedikit garam dan selepas disejukkan atau masih dalam keadaan suam-suam kuku boleh digunakan sebagai bahan kumur untuk menyegarkan nafas, menguatkan dan memberi lebih ketahanan kepada gigi serta gusi.

Ada pendapat yang mengatakan selain sesuai dijadikan bahan kumur, kulit kelapa laut yang dibakar menjadi arang boleh digunakan untuk menyental gigi supaya lebih putih, bersih dan kuat.

Mengatasi masalah pernafasan dan paru-paru

Buah kelapa yang diproses menjadi gula-gula dijadikan ubat batuk dan mengatasi beberapa masalah yang berkait rapat dengan system pernafasan serta paru-paru.

Mengubati luka-luka

Air nira yang segar, jika dipanaskan hingga berbuih pekat dan disejukkan sangat elok menjadi ubat sapu luka-luka pada bahagian tubuh. Ia juga sangat mujarab untuk mengubati ulser.

1 comments:

flyguy said...

salam kat mana nak dpt kelapa ni eh..