twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

KHASIAT BAWANG PUTIH

Ada sesetengah orang yang tidak suka makan bawang putih kerana ia akan membuatkan badan kita mudah berbau. Namun, bawang putih juga mempunyai kebaikannya dalam menyihatkan tubuh badan kita. Antaranya:

Bagi tekanan darah tinggi yang ringan

Makan 2 ulas bawang putih bersaiz sederhana yang dimasak bersama-sama dengan makanan tiga kali sehari. Penggunaannya patut ditetapkan. (elakkan penggunaan yang berlanjutan bagi pesakit-pesakit ulser peptic).

Bagi sakit kepala dan reumatik.

Hancurkan bawang putih yang segar dan gosok pada bahagian yang sakit. Lakukannya dua atau tiga kali sehari.

Bagi sakit gigi

Masukkan kepingan kecil bawang putih yang segar ke dalam gigi yang sakit.

Bagi batuk (untuk mengeluarkan kahak)

Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk ke dalam segelas madu atau air gula yang pekat.

Bagi memelihara kuku agar cantik

Ambil 3-4 biji bawang putih, kupas lalu dicuci. Cuci dahulu kuku tangan dan kuku kaki anda dengan air biasa kemudian barulah sapukan bawang putih tersebut pada kuku anda beberapa kali. Kemudian cuci kuku anda dengan air suam agar bau bawang putih tidak berbau lagi. Lakukan selalu untuk mendapat hasil yang baik.

Untuk menghilangkan penyakit panau

Ambil segenggam daun ketapang cina, 4 ulas bawang putih dan lengkuas anggaran 2 inci. Tumbuk semua bahan ini sehingga halus dan gosokkan pada anggota badan yang diserang panau. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan kutu

Ambil 5 ulas bawang putih ditumbuk halus. Setelah itu campurkan dengan ½ cawan minyak kelapa, kemudian lumurkan pada rambut dan kulit kepala anda. Bungkus dengan plastik rambut anda untuk 3 jam. Setelah itu barulah anda cuci kepala dengan syampu dan keringkan. Lakukan sekali seminggu. Kutu di kepala anda akan hilang.

0 comments: