twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

RAWATAN KAKI

Ada masalah pada kaki? Kaki terasa letih? Kaki berbau atau melecet? Semestinya anda risau dan ingin mencari penyelesaiannya. Oleh itu gunakan cara-cara berikut untuk mengatasinya:



Kaki pecah-pecah

Hiris betik muda dan sapukan getahnya pada kaki yang pecah-pecah. Lakukan ini ketika sedang mandi atau selepas mandi.

Gosokkan asam jawa yang telah masak pada tempat yang pecah- pecah kemudian biarkan sebentar hingga kering.

Kaki terasa letih

Buat larutan yang terdiri daripada 2 sudu makan garam laut digaul di dalam satu liter air panas, kemudian rendam kaki dalam larutan air garam tersebut selama beberapa minit.

Kulit kaki kering

Potong hujung timun, biarkan sampai keluar getahnya dan gosok hujung timun yang bergetah itu pada kaki. Lakukan beberapa kali berturut-turut. Insyaallah kulit akan menjadi halus.

Kulit kaki bersisik

Gosok dengan menggunakan buah mengkudu yang sudah masak.

Kaki melecet

Belah bawang merah menjadi dua bahagian kemudian celupkan ke dalam minyak kelapa dan sapukan pada kaki yang melecet.

Kaki berbau

Sapukan kaki dengan lumau nipis sebelum memakai kasut.

Kaki ibu yang bengkak selepas bersalin

Minum air tebu yang manis sekerap mungkin.

4 comments:

Aine said...

salam, sal. info yg baik u jg kesihatan & kebersihan diri..

fiza kamil said...

salam..dik, klu kaki gatal2?

aiShAhzAhaRi said...

kalau kaki gtal,jmpe kak fifi ae..die ad ubatnyer...:p

Zainol said...

aduhi... content nya sudah ok... tapi kenapa backgroundnya warna kelabu... tenggelam huruf-hurufnya...