twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

BAWANG MERAH

Bawang merah biasanya digunakan sebagai bahan masakan. Sebenarnya ia bukan sahaja berguna untuk masakan tetapi banyak lagi khasiat lain yang dapat diperolehi daripadanya. Jom kita berkongsi info tentangnya..


Mengubati sembelit

Kalau anak anda mengalami susah buang air besar sampai dua atau tiga hari dan badannya agak panas, berikan ubat seperti ini: ambil 2 ulas bawang merah diparut, asam jawa sebesar ibu jari, 1biji buah limau nipis ambil irnya ataupun satu sudu the cuka dan minyak kayu putih secukupnya. Semua bahan-bahan ini dicampur dan diramaskan. Kemudian sapukan ke bahagian badan yang mengalami sakit itu, tutup dengan kain bersih. Tunggu sehingga ramuan yang dibahagian itu kering. Dalam waktu yang tidak lama anak anda akan membuang air besar seperti biasa.

Mencegah kerosakan gigi

Ambil beberapa biji bawang merah, hiriskan dan rendam ke dalam cuka dan makanlah bawang tadi setiap kali selepas anda makan.

Menghilangkan pecah-pecah pada kaki

Kalau tapak kaki anda pecah-pecah, ambil beberapa ulas bawang merah dan sapukan kepada kaki anda. Kaki anda akan menjadi lebih baik.

Menghilangkan sakit kudis dan gatal-gatal

Campurkan bawang merah dengan sedikit kunyit untuk menghilangkan sakit kudis,gatal-gatal pada kaki dan tangan yang disebabkan oleh alahan kepada udara yang dingin.

Menghilangkan kerak nasi

Biasanya ketika memasak menggunakan dapur kayu atau arang, terutama ketika mengadakan jamuan besar-besaran, pasti akan mengalami masalah untuk membasuh periuk atau kawah nasi kerana keraknya yang keras dan susah untuk ditanggalkan. Untuk menghilangkannya, secara mudah anda boleh merebus sebiji bawang besar di dalam periuk bekas memasak nasi tadi sehingga mendidih. Selepas itu angkat dan sejukkan. Cuci sebagaimana biasa, periuk anda pasti akan bersih dan berkilat.

0 comments: