twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

RAWATAN KAKI

Ada masalah pada kaki? Kaki terasa letih? Kaki berbau atau melecet? Semestinya anda risau dan ingin mencari penyelesaiannya. Oleh itu gunakan cara-cara berikut untuk mengatasinya:

RAWATAN RAMBUT

Rambut yang cantik dan senang diuruskan sering diidamkan oleh setiap wanita. Namun, pemilihan produk yang tidak bersesuaian dengan jenis rambut sering membuatkan masalah pada rambut. Berikut adalah tips untuk kecantikan rambut yang diidam-idamkan oleh pencinta kecantikan.

KELAPA

Kelapa adalah tumbuhan yang banyak manfaatnya. Semua bahagian daripada pokok kelapa ada fungsinya tersendiri. Antaranya lidinya boleh dibuat penyapu, batangnya boleh dibuat titi, buahnya boleh dimakan dan airnya boleh diminum. Disini juga terdapat beberapa kelebihan lain bagi kelapa. Antaranya ialah:

KELAPA LAUT

Mungkin ramai yang tidak begitu mengenali apakah kelapa laut ini. Adakah ia sejenis nama kuih atau tumbuhan? Buah kelapa laut atau nama saintifiknya ialah borassus flabellifer. Ia sangat terkenal di kalangan penduduk di Negara tropika kerana keenakan air niranya. Jika di Malaysia pula, kelapa laut lebih dikenali sebagai buah lontar. Ia biasanya terdapat di kawasan pedalaman Negara ini. Antara khasiat kelapa laut ialah:

DAUN DAN JANTUNG PISANG

Pokok pisang adalah diantara pokok yang paling senang hidup di Negara kita ini. Pokok pisang jika ditanam di sesuatu tempat, ia akan terus tumbuh disitu dan beranak pinak sampai bila-bila. Ia tidak akan pupus walaupun telah dipotong beberapa kali kerana setiap kali ia dipotong, tunas batu akan muncul dan membesar dengan suburnya.

BAWANG MERAH

Bawang merah biasanya digunakan sebagai bahan masakan. Sebenarnya ia bukan sahaja berguna untuk masakan tetapi banyak lagi khasiat lain yang dapat diperolehi daripadanya. Jom kita berkongsi info tentangnya..

KHASIAT BAWANG PUTIH

Ada sesetengah orang yang tidak suka makan bawang putih kerana ia akan membuatkan badan kita mudah berbau. Namun, bawang putih juga mempunyai kebaikannya dalam menyihatkan tubuh badan kita. Antaranya:

KHASIAT HALIA

Bau halia yang begitu sedap apabila ia dikupas mengingatkan saya kepada masakan mak di kampung. Maklumlah di asrama kita tiada peluang untuk masak memasak..(peraturan asrama tak membenarkan). Jadi tak berpeluang memasak di sini membuatkan bau-bau bawang dan rempah ratus yang selalu digunakan oleh mak selalu dirindui. Halia mempunyai banyak kegunaannya:

KHASIAT TELUR

Telur memang sedap dimakan. Kalau tiada lauk, makan telur dengan kicap pun sedap. Tapi, telur juga berperanan dalam mencantikkan wajah dan mengubati penyakit. Bacalah sendiri cara menggunakannya :)

KHASIAT BETIK

Kebanyakan dari kita hanya mengetahui tentang betik kerana ianya sedap dimakan. Sebenarnya, selain dari rasanya yang sedap dan lazat, betik juga mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan kita. Antara manfaatnya ialah:

Firstly..

Sebenarnya Allah telah melengkapi tubuh kita dengaan zat anti sakit yang disebut endorlin. Pemberian zat anti sakit dari luar (ubat-ubatan kimia) hanya akan membuatkan produksi zat anti sakit di dalam tubuh menurun. Sistemnya menjadi malas bekerja sehingga zat anti sakit semulajadi tidak diproduksi. Hal ini terutama bila pemberian anti sakit dari luar berlebihan. Dan dari sini timbulnya “ketergantungan” terhadap ubat. (Petikan dari buku Koleksi Petua dan Rawatan Tradisional)

Jadi fikir-fikirkanlah. Pilihan adalah di tangan anda. Blog ini adalah berkisar tentang kelebihan dan khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di muka bumi ini serta terdapat serba sedikit penerangan tentang cara-cara penggunaannya. Maklumat yang saya prolehi ini adalah petikan dari buku-buku dan informasi daripada orang-orang di sekeliling saya. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi pendapat atau sebarang tambahan, saya amat mengalu-alukan komen dari anda semua.