twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

KHASIAT TELUR

Telur memang sedap dimakan. Kalau tiada lauk, makan telur dengan kicap pun sedap. Tapi, telur juga berperanan dalam mencantikkan wajah dan mengubati penyakit. Bacalah sendiri cara menggunakannya :)

Sebagai masker wajah

Putih telur boleh digunakan untuk masker wajah yang keletihan iaitu dengan membuat jus yang terdiri daripada campuran mentimun, serbuk susu dan putih telur. Gaul menjadi satu hingga menjadi pasta, sapukan pada wajah dan leher selama 30 minit dan bilas dengan air suam, dan akhir sekali dengan air sejuk.

Sebagai penyeri kulit

Ambil sebiji kuning telur ayam kampung dan kacaukan bersama madu asli secukupnya. Kedua-dua ramuan ini kemudian di campur ke dalam setengah gelas susu lembu (yang masih segar). Minum ramuan ini tiga kali seminggu.

Mengatasi masalah muka berbulu

Ambil telur ayam kampung, ambil putihnya sahaja dan kemudian dipukul. Tampalkan pada muka . hasilnya muka anda akan makin berseri dan tidak banyak bulu.

Mengubati demam panas

Sebelum bertemu doktor, anda boleh mencuba petua mudah meredakan panas badan yang menyerang keluarga. Caranya, ambil putih telur ayam kampung, campurkan dengan air limau nipis. Sapukan pada dahi, tengkuk, tapak tangan dan tapak kaki. Insyaallah panas akan berkurang.

Mencegah sakit mata

Sediakan sebiji telur ayam kampung, ambil putih telurnya, campur sedikit tawas yang boleh dibeli di kedai-kedai ubat. Kacaukan bahan-bahan itu sampai rata.

Cara menggunakannya: sapukan ramuan itu ke kelopak mata berulang kali setiap kali putih telur kering. Selepas anda mengulanginya lebih kurang enam kali, sakit mata yang anda hidapi itu akan lega.

Jika tidak lega juga, anda cuba dengan daun dirih yang sudah direndam dengan air biasa dan celikkan kedua-dua belah mata anda sehingga beransur lega sakitnya. Jika tidak sembuh juga, bawalah berjumpa doktor.

3 comments:

aiShAhzAhaRi said...

telur ayam pencen boleh tak??

durraani said...

asalkan ayam kampumg boleh la..:)

mohd zuhairi bin noordin said...

Assalamualaikum

pada sesiapa yang ada kencing manis yang bacaan gula 10 atau belas2 atau 20 ke atas atau bacaan gula yang terlalu tinggi sampai mata menjadi rabun atau kaki luka

dah tak tahu macam mana nak normal kan gula balik walau dah makan macam2 jenis herba atau dah cuba buat macam2 jenis petua tetapi gula masih lagi tinggi

jomm kita turun kan gula dengan cara yang selamat dan berkesan

teh herba yang di hasilkan dari pokok2 herba yang menurunkan gula dengan cepat

saya gunakan pokok2 herba yang terbaik dengan rasa tawar tetapi sangat mujarab turunkan gula dan tidak berangin atau sakit urat bila di minum


kita rawat cara selamat tanpa bahan kimia yang berbahaya dalam masa yang sama menjaga buah pinggang dan hati

jika kaki luka berair kita kering kan luka biar kaki sampai sembuh semula

jangan lambat nanti kaki tu dah kena potong lagi susah nak bergerak dan

jika kaki sakit saraf berpunca dari kencing manis pun kita rawat kan balik sampai elok semula Insya Allah

harga seratus lebih ja untuk sebulan jangan tunggu lama2 kita rawat cepat2 kan untuk elak kan dari penyakit menjadi semakin teruk

call atau whasap sy Mohd Zuhairi Bin Noordin

017 468 7570