twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

KHASIAT BETIK

Kebanyakan dari kita hanya mengetahui tentang betik kerana ianya sedap dimakan. Sebenarnya, selain dari rasanya yang sedap dan lazat, betik juga mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan kita. Antara manfaatnya ialah:


Anti malaria

Cuci bersih ½ pelepah daun betik yang masih segar, tumbuk hingga halus. Kemudian tambahkan satu cawan air masak dan sedikit garam. Setelah itu, perahlah dan toskan. Minum ramuan ini dua kali sehari.

Menambahkan selera makan

Ambil satu tangkai daun betik muda. Bersihkan dan rebus dengan ½ liter air. Sisakan satu gelas untuk diminum. Lakukan pada pagi dan petang hari. Adalah lebih baik jika daun betik dimakan mentah-mentah sebagai ulam.

Mengatasi demam

Ambil segenggam daun betik, tumbuklah hingga halus dan toskan airnya. Minumkan air betik tadi pada orang yang sedang demam. Jika dalam masa 12 jam belum juga sembuh, boleh diulangi lagi (minum lagi). Untuk pesakit demam malaria hendaklah meminum ramuan selama 5 hari berturut-turut. Boleh juga dibuat jus yang teridiri dari buah limau, epal, betik dan anggur. Kombinasi sesuai dengan selera masing-masing (citarasa yang disukai).

Ubat kutil



Melembutkan daging


Ambil buah betik muda (masih hijau kulitnya) yang berukuran sederhana. Bahagilah menjadi 4 bahagian dan tidak payah dikupas kulitnya. Masukkan ke dalam daging yang sudah dicuci dan digaul dengan rempah. Setelah daging empuk, keluarkan semula buah betik tadi.

Mengubati sakit perut.

Ambil betik muda berukuran sederhana. Buat lubang ditengah-tengahnya dan masukkan gula batu secukupnya. Tutup kembali lubang tersebut. Kukus hingga masak, setelah sejuk, bahagilah menjadi 3 bahagian. Makanlah waktu pagi, siang dan malam.

Mangubati luka terbakar

Ambil betik muda untuk diparut secukupnya. Tempelkan hampas buah betik itu pada luka terbakar dan balut tempat luka tersebut. Sesudah 24 jam, buka balutan tersebut dan diganti dengan parutan betik yang baru.

Mengubati selsema



Menyuburkan rambut


Ambil kulit betik dan gosokkan pada kulit kepala. Lakukan pada waktu malam menjelang waktu tidur. Esok harinya cuci rambut seperti biasa. Lebih kerap digunakan akan lebih baik hasilnya.Tumbuk daun betik sampai halus dan perah, campur air perasa dengan garam dan gula. Minumkan 2 kali sehari.Cuci daging sebelum dipotong-potong. Bungkus daging tersebut dengan daun betik beberapa minit sebelum dimasak ( terutama daging untuk sate)Ambil daun betik, daun kemangi, daun sirih, kapur tulis dan sabun. Lembutkanlah bahan-bahan tadi sehingga menjadi satu adunan yang rata. Sapukan adunan tadi pada kutil setiap ketika.

3 comments:

alia_syahadah@yahoo.com.my said...

kalo nk tambah selera makan...rasa x payah kot guna daun betik..cuba bawak p kfc..trus xnak balik..huhuhu

durraani said...

ikut suke la..tp tu kak alia je la camtu.ade org xmkn KFC..:P

armouris said...

lagi info tentang khasiat betik di SIHAT SELALU - Khasiat Betik